NOTIS PEMOTONGAN YURAN BAGI PELAJAR BARU SESI 2017/2018 DI BAWAH PEMBIAYAAN PTPTN (IJAZAH DASAR)
Semua Pelajar Ijazah Dasar di bawah pembiayaan PTPTN,

Adalah dimaklumkan bahawa pelajar yang baru mendaftar Sesi 2017/20178 telah menerima wang pembiayaan PTPTN pada 6 Oktober 2017 (Jumaat) yang lalu. Jabatan Bendahari telah melakukan penolakan yuran (anggaran) untuk Yuran Pengajian dan jumlah sebenar untuk yuran yang tertunggak (sekiranya ada). Pengemaskinian dalam akaun MYUM pelajar akan dibuat secara berperingkat antara 9 hingga 13 Oktober 2017.
 
Sehubungan dengan itu, pelajar yang berikatan dinasihatkan menyemak penyata akaun di MYUM bermula 13 Oktober 2017  untuk memastikan Yuran Pengajian telah dicaj. Sila ambil maklum bahawa:
  • Jika jumlah penolakan PTPTN adalah kurang daripada jumlah yuran sebenar, pelajar dikehendaki menjelaskan baki tunggakan kepada Universiti atau;
  • Jika jumlah penolakan PTPTN adalah melebihi jumlah yuran sebenar, Jabatan Bendahari akan memulangkan wang tersebut kepada pelajar.
Pelajar juga dinasihati untuk menjelaskan yuran penginapan dengan kadar segera.
 
Terima kasih.