TAWARAN UNTUK MEMOHON PINJAMAN DARIPADA TABUNG PINJAMAN UNIVERSITI BAGI SEMESTER 1 , SESI AKADEMIK 2017/2018 (BIL. 1)
Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar Ijazah Dasar WARGANEGARA MALAYSIA yang mengikuti pengajian di Universiti Malaya pada Semester 1, Sesi Akademik 2017/2018.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  1. Pemohon yang tidak menerima biasiswa/pinjaman/lain-lain bantuan kewangan amat digalakkan memohon.
  2. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang mendapat keputusan peperiksaan PNGK 3.00 dan ke atas. Bagaimanapun dalam kes-kes tertentu, pemohon yang mendapat PNGK di bawah 3.00 juga layak untuk mendapat pinjaman.
  3. Pemohon yang pendapatan keluarga tidak melebihi RM2,000.00 sebulan akan diberi keutamaan.
  4. Jumlah kelulusan pinjaman terhad kepada RM2,000.00 per semester dan setiap pelajar layak memohon sehingga RM5,000.00 sepanjang tempoh pengajiannya.


CARA-CARA MEMOHON

  1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang rasmi yang boleh didapati daripada laman sesawang : http://myum.um.edu.my dengan memasuki : Services > Bursaries Related Information > Ijazah Dasar > Borang Permohonan Pinjaman Universiti.
  2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan dengan dokumen berikut :
    a) Maklumat pendapatan keluarga seperti berikut:-
         - Penyata pendapatan/gaji (bagi ibu & bapa / penjaga yang bekerja); atau
         - Penyata pencen (bagi ibu & bapa / penjaga yang telah bersara); atau
         - Borang Cukai Pendapatan (Borang EA / EC); atau
         - Surat Akuan Bersumpah atau surat pengesahan daripada Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun atau Agensi Kerajaan (Kategori A) / Jaksa Pendamai / Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri / Peguam / Ketua Kampung / Penghulu / Penggawa / Pengerusi JKKK dan yang setaraf dengannya.

    b) Surat pengesahan pengajian daripada Dekan / Pengarah / Ketua Jabatan; dan
    c) Salinan keputusan peperiksaan bagi semester terkini yang telah disahkan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan secara serahan tangan ke Kaunter Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar & Kolej, Jabatan Bendahari, Aras Dua, Bangunan Canseleri.
  4. Sila pastikan borang yang lengkap dihantar selewat-lewatnya pada 20 Oktober 2017 (Jumaat). Untuk maklumat lanjut sila hubungi Puan Azizah di talian 03-7967 3499 atau En. Shamsul di talian 03-7967 3514, atau email ke bursar_student@um.edu.my


Tarikh : 4 Oktober 2017

Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar & Kolej
Jabatan Bendahari, Universiti Malaya