PERADUAN HADIAH ESEI CHEESEMAN (DALAM BAHASA INGGERIS) SESI 2009/2010
Peraduan Hadiah Esei Cheeseman kembali lagi bagi sesi 2009/2010 dengan menawarkan hadiah yang lumayan. Oleh itu, jangan ketinggalan untuk menyertai peraduan ini yang akan diadakan pada:
Tarikh : 5 Mac 2010 (Jumaat)
Masa : 3.00 - 5.00 Petang
Tempat : Bilik Khas I
Bangunan Peperiksaan
Universiti Malaya
Peraduan ini hanya terbuka kepada semua pelajar Ijazah Pertama dan Pra Ijazah di Universiti Malaya. Pelajar hanya perlu menulis sebuah esei dalam Bahasa Inggeris dari beberapa tajuk yang dipilih daripada bidang-bidang berikut:
Pendidikan (Education)
Sains dan Teknologi (Science and Technology)
Pelajar yang berminat dikehendaki mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di pejabat Seksyen Kemasukan dan Rekod (SKR), Fakulti/Akademi/Pusat, kolej-kolej kediaman, Perpustakaan Utama dan dilaman web http://umisisweb.um.edu.my. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke pejabat SKR pada atau sebelum jam 12.00 tengahari, hari Rabu, 3 Mac 2010.
Hadiah-hadiah yang disediakan kepada pemenang-pemenang adalah:
1 Hadiah pertama : RM 1000.00
1 Hadiah kedua : RM 800.00
1 Hadiah ketiga : RM 600.00
6 Hadiah Saguhati : RM 200.00
Sijil Penghargaan akan diberikan kepada semua peserta.