Increase text size Restore default font-sizes Decrease text size
TAWARAN UNTUK MEMOHON PINJAMAN DARIPADA TABUNG PINJAMAN UNIVERSITI BAGI SEMESTER 2 , SESI AKADEMIK 2016/2017 (BIL.1) EmailConvert to pdf
TAWARAN UNTUK MEMOHON PINJAMAN DARIPADA TABUNG PINJAMAN UNIVERSITI BAGI SEMESTER 2 , SESI AKADEMIK 2016/2017 (BIL.1)

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar Ijazah Dasar WARGANEGARA MALAYSIA yang mengikuti pengajian di Universiti Malaya pada Semester 1, Sesi Akademik 2016/2017.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN


  1. Pemohon yang tidak menerima biasiswa/pinjaman/lain-lain bantuan kewangan amat digalakkan memohon.
  2. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang mendapat keputusan peperiksaan PNGK 3.00 dan ke atas. Bagaimanapun dalam kes-kes tertentu, pemohon yang mendapat PNGK di bawah 3.00 juga layak untuk mendapat pinjaman.
  3. Pemohon yang pendapatan keluarga tidak melebihi RM2,000.00 sebulan akan diberi keutamaan.
  4. Jumlah kelulusan pinjaman terhad kepada RM2,000.00 per semester dan setiap pelajar layak memohon sehingga RM5,000.00 sepanjang tempoh pengajiannya.

CARA-CARA MEMOHON

  1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang rasmi yang boleh didapati daripada laman sesawang : http://www.myum.um.edu.my dengan memasuki : Services > Bendahari > Ijazah Dasar > Borang Permohonan Pinjaman Universiti.
  2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan dengan dokumen berikut :
    a)Salinan slip gaji bagi bulan terkini atau Surat Pengesahan Pendapatan bapa/penjaga pemohon;
    b)Surat pengesahan pengajian daripada Dekan/Pengarah/Ketua Jabatan; dan
    c)Salinan keputusan peperiksaan bagi semester terkini yang telah disahkan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan secara serahan tangan ke Kaunter Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari, Aras Dua, Bangunan Canseleri.
  4. Sila pastikan borang yang lengkap dihantar selewat-lewatnya pada 15 Mac 2017. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Puan Azizah di talian 03-7967 3499 atau Puan Nur Jamilah di talian 03-7967 3525, atau email ke bursar_student@um.edu.my



Back to News
SEARCH
IMPORTANT NOTES
Campus Safety Tips
Kod Amalan Untuk Mencegah Dan Mengendalikan Kes Gangguan Seksual Di UM
UM Students ICT Declaration
Application From : Permission to Travel (Overseas) For UM Students
TAKE NOTE
Tiada berita terkini.
USEFUL LINKS
 
SERVICES
Wireless UM SMS
Bursaries Related Information Progress Report
UM Library eProcurement
VPN Service Sticker Online
Course Timetable Course Offer
e-Zamalah Online Career Library
Customer`s Feedback SmartCard Online
Directional Sign Boards Online Postgraduate Fee Calculator
E-Payment (FPX & Credit Card)
QUICK LINKS
e-Registration for Undergraduate HEP Website e-Registration for Postgraduate
UM Website UM Alumni Siswa Mail
IPS Homepage e-Learning@UM UMAC
MyLine UM CTES UM Helpdesk
HEPA Bus Booking
CONTACT US
Email: umisis@um.edu.my
 
Wisma R&D, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur, 50603
 
 
 
Copyright © 2017 Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
Privacy Policy  ·   Site Credits  ·   Disclaimer  ·   Security Policy