Increase text size Restore default font-sizes Decrease text size
Pembayaran Yuran  Print
Setiap pelajar perlu meyemak penyata kewangan akaun masing-masing di laman Umisisweb . Sekiranya mempunyai yuran tertunggak, pelajar perlu membuat bayaran melalui kaedah seperti berikut:
(a) Internet Banking www.bankislam.com.my dan www.cimbclicks.com.my
(b) BILL PRESENTMENT bayaran di kaunter Bank Islam
(c) Pembayaran melalui WANG POS, KIRIMAN WANG atau DERAF BANK di atas nama ‘BENDAHARI UNIVERSITI MALAYA’ (sila hantar ke kaunter bendahari dan pastikan dibuat salinan dan disimpan untuk rujukan)
(d) PEMBAYARAN KURANG DARI RM10.00 Pelajar perlu membuat bayaran di kaunter Bahagian Akaun dan Pengurusan Tunai, Pejabat Bendahari tingkat 2
(e) PEMBAYARAN MELALUI FPX
Pelajar perlu klik pautan di laman UMISISweb dan ikut arahan selanjutnya.
Setiap pelajar juga perlu menyimpan salinan slip bayaran atau resit sebagai bukti pembayaran. Sekiranya terdapat pembayaran yang tidak dikemaskini pelajar perlulah membawa salinan tersebut ke kaunter Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar Pejabat Bendahari Tingkat 1 utk rujukan Pihak Bendahari.
Utk makluman pelajar "Pembayaran melalui Internet Banking dan Bill Presentment akan dikemaskini dalam tempoh 2 hari bekerja".
Pelajar dinasihatkan sentiasa menyemak penyata akaun melalui laman UMISISweb. Sebarang kemusykilan bolehlah berhubung dengan Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar, Pejabat Bendahari di talian 79673499 / 79673411 / 79673514 / 79673537 atau datang sendiri ke kaunter Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar.